R A M A D H A N

10:11 PM chak 0 Comments

Assalamualaikum...

Allhamdulillah, akhirnya aku berjaya edit sikit2 blog yang memang lama sangat aku tinggal.
Aku lupa password, aku edit balik interface blog, cukup la untuk kali ni, supaya nampak simple dan elegen gitu. hehehe..

Ok untuk entry pertama sebelom kita berpuasa, aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan aku sama ada yang  zahir ataupun yang batin.

Jadi kita 0-0 ok?


Sebesar-besar nikmat yang pernah dikurniakan Allah ke atas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan puasa itu benteng bagi para wali dan perlindungan bagi mereka dari segala tipu daya syaitan dan angan-angannya, sebagimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Puasa itu separuh kesabaran”
Allah telah berfirman:

“Hanyasanya orang-orang yang sabar itu dipenuhi pahalanya tanpa perhitungan.” (az-Zumar: 10)
Kalau begitu pahalanya kesabaran itu telah melampaui batas-batas perkiraan dan perhitungan dan memadailah kalau kita mengetahui keutamaannya dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang berikut:

“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah dari bau-bauan minyak kasturi. Allah azzawajalla berkata: Sesungguhnya ia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumannya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”
Orang yang berpuasa itu dijanjikan Allah akan bertemu denganNya untuk menerima balasan puasanya itu.

You Might Also Like

0 comments: