Gunung K E R I N C H I

1:43 PM chak 0 Comments

Kerinchi Padang,Indonesia
and the story begins,...
Gigihnya seorang bernama zurain mohd zain mencabar diri sendiri untuk daki Gunung Kerinchi yg berketinggian 3805M.

Info Mount Kerinchi:
**Is the highest volcano in Indonesia, and the highest peak on the island of Sumatra.
** 3,805 m (12,484 ft)

Seminggu sebelom berlepas ke Padang Indonesia,aku masih leka dengan kerja2 di office, disebabkan aku bekerja ikut jam shift hour, mungkin ak banyak masa terluang untuk cari itu ini. Tetapi malang tidak berbau Guys. All the week ak masuk standby ganti officemate yg cuti, Tak mengapa, boleh cari duit lebih kan. so all Day Busylah that time till 5April am still working. (barang2 serta; baju belom pack ape pun lagi) After 8.30 baru sampai rumah.Pack baju dan lain2.. Nak dijadikan cerita, nasib dah ada semua barang dan checklist 2minggu before date fly.Klu x mati la nak. Kawan aku (NADIA) dah membebel xhengat sebb ak suka buat kerja last minute.. hahahahaha..
Tapi, semua barang kepreluan aku dah prepare satu tempat letak dalam bakul siap2. so xdela drama queen sgt pada hari kejadian.. :P(kata well organized on last minute)

Back to basic,
Jam 3 Pagi gerak ke KLIA -2 dlm 50minutes mcm tu ktorg sampai.Thanks to Nadia,Hafiz dan Iqbal sebab sudi hantar ak dari UNISEL lagi tu. (love all of you so much! <3 heart="" p="">
Nak di jadikan cerita, backpack ak lebih dlm sekilo mcm tu, Padahal ok je xde la nak kan g bayar denda. Disebabkan diorg ni terlalu risaukan ak, jadi aku unpack balik pastu tgok balik apa yg ak consider xperlu bawak.after unpack and pack balik done! ngam2 7kg je. Thank You Nadia.

Untuk membuang lagi masa, ktorg lepak dekat area2 Coffee Bean ke? entah lupa.
Lepastu diorg ni xhabes2 risau pasal aku join dgn group dak2 outdoor dan xkenal sape2.
ye ak gamble, beli tiket flight join outdoor yg aku tak kenal sape pun diorg. Tu belom bebelan dari parents aku lagi. Time nak pegi tu baru bgtahu nk pegi panjat gunung,(phiewwww, penat jugak la aku explain) Sampai ak dah masuk departure hall, hp ak bingit. Padan Muka, saje cari pasal dgn diorang. Mane2 Remaja,sila jgn tiru aksi hakak ni.

At the Airport:
i met Sara. oh Doctor Sara actually. Then dah ada kawan jugak lah sebelom sampai Padang tu..
after 1hr-+ macam tu, sampai je dekat airport Minangkabau di Padang, after dah chop passport and imegresen checked. Kami semua dikumpulkan dekat area car park betul2 depan airport dia yg agak kecil tapi sgt lawa ukiran minangkabau dia,(i'm impressed)


**Safely arrived! wehuuuuuuuuuu
<3 heart="" p="">

<3 heart="" p="">  ***mungkin agak panjang sikit entry kali ni, yelah 5hari4malam kan


06 April 2017 (09:50,waktu tempatan 10:50)satu jam je ye jarak masanya...
After refill our bag into the car, we proceed to the nearby stall for breakfast..lapar juga.. tapi seriously ak bukan type yg mudah untuk terus adapt makanan tempat orang. agak cerewet disitu.. Tapi disebabkan terlalu lapar, aku ikut je ape yg diorg order. makan 2/3 mulut dah stop.

<3 heart="" p="">**my breakfast! (ala2 soto kan)
<3 heart="" p="">
<3 heart="" p="">
*the culture!

Group kali ni, ramai perempuan. total 9Gegirls 6Boboy. =15 in group.
Kami berlima satu kereta, dan 4 org lagi kete lain the rest boboy.
Masing2 sunyi dan krik2 pada mulanya, then bermula ice break after Hiking Gear shop.
Then kita mula sembang2 dan usik2 nakal gitu. Jadi meriah jugak la..
dalam mobilnya ada aku, sara,syue,shida and tia. oh lupa ad bro Achan and our friendly tour guide Pak Rapani (hahahaha tetiba) terkeluar loghat bahasa Indonesia biarpun almost 2 month kenangan  yg telah dibawa angin lalu seperti awan dan kabus di kaki Gunung Kerinchi (i was impress with my bahasa lately)

*Mcm ni lah view dia

After 8 Hour driving from Airport dan Hiking Gear,Simkad,Jajan Shopping also; Hentian(tiada nama) for lunch break dan melalui jalan raya yg bersimpang siur,turun naik bukit dan mengucap panjang bila sharp corner and here we are, Jambi,almost di Kaki Gunung Kerinchi. the view was so amazing(tak tipu) The picture will talk then. dan ianya merupakan the very first time ever aku melihat dunia luar sebagai seorang traveller or hiker. Sungguh indah lukisan alam ciptaan Allah s.wt. Lalu, hati kecil ku menangis,terkenangkan betapa kerdilnya diri ini. Klu dulu ak hebat di balapan,court netball, dan striker as hockey player.Semua itu hanya pinjaman dan kita hanya pengembara di bumi Allah.

 *Lunchieeee

Apa yang ada dekat Jambi ni, korang kena datang sendiri. Amazing dan terpesona melihat keindahan alam serta ladang teh yg menghijau serta berlatar belakangkan view Gunung Kerinchi yg diseliputi kabus pada puncaknya. Sungguh tenang,aman dan damai.

Selepas itu, setelah semua beg dan  meloloskan diri  di bilik masing2, Kami juga disajikan lagi dengan hidangan dinner Pecel Lele(Ayam goreng,Nasi Putih, Sambal serta Nachos we thought, hehehe) Then a few words from bro achan and Pak Rapani about tomorrow activity(7 April 2017)
Bila dah setel for short ice break jugak, kami masing2 tak sabar nk masuk bilik dan packing barang2 untuk pendakian keeseokan harinya.

Our Bed time story begins,
Well ak ni jenis byk mulut jugak la..(Friendly) Gila kau dah la pergi trip ni xajak member pastu mulut kau penuh dengan jongkong mas, kau rasa org berani nak berkawan ke? So sambil mengemas barang. Kami sempat berchit chat. Starting with Syue, cause she's really smooth and soft spoken, same goes to our Dr. Sara.(Nak dibandingkan dengan aku, jauh panggang dari api,hope diorg pun suka kawan dengan aku 😝)Tapi jangan main2 dengan Syue k, Lawyer ni! Sembang2 lagi tukar itu ini, aku rasa macam three of us were meant to meet up here lah.(poyo ah,hahahahaha) also we can share same thought(sometimes) perkenalan yang singkat ni aku rasa worth. Bila semua dah setel, almost 2am ktorng pun melabuhkan tirai kamar dan beristirehat lah!

07 April 2017,
Usai subuh,
Breakfast lepak2 sambil tengok our potter and tour guide prepare barang2 seblom mendaki. Sempat la jugak berselfie dgn view Gunung Kerinchi ni, Kami makan dengan kadar yg boleh bagi tenaga untuk tempoh pendakian yg bakal mengambil masa 2hari satu malam (Turun Naik). Tapi xde lah breakfast je, ad lunch break di Shelter 1 dekat atas gunung nanti.(Juga disediakan dan masing2 bawa sndiri)-part paling malas ni.
 **lovely homestay kan!


**our morning view

Perjalanan yg jauh aku rasakan memang mencabar diri, minda dan fizikal. Tracknya pun sebenarnya dah membunuh jiwa dan minda. Subhanallah,Allah je yg tahu perasaan tu mcm mana(Ak ad sedikit menyesal,knp la ak join trip ni. xde motif, ni sudut hati aku paling dalam la) But, i was already amaze with the Nature and along side the jungle buatkan diri aku sentiasa sedar bahawa, dlm dunia ni bukan semua hak kita. kita sendiri pun Allah punya.

Our jungle tracking diteruskan till 14.30 waktu Padang. dah sampai area shelter 1 klu xsilap.
So time to rest,lunch solat and sembang2 dan repack apa yg patut. After 3. Ktorg teruskan perjalanan ke Shelter 2. 1800 kami sampai di shelter dua dan khemah dah siap pasang dah, bagus betul potter kami. hahaha. sebenarnya,kami yag lambat smpai. (dlm hati, ni last aku panjat gunung!)

Sebenarnya, dlm keadaan mcm ni, kt boleh belajar byk benda, seperti bykkan bersabar,bawak2 mengucap. Kenapa aku ckp mcm tu? You guys should try pegi hiking jauh2 dan bila rasa perjalanan tu lama sgt. Tapi it worth la guys. Tak TIPU.

Bila dah setel semua benda dlam khemah tu ktorg bersihkan diri dan siap2 untuk solat dan prepare for summit attack in early morning. betul2 pagi jam 0230 mcm tu semua siap2 untuk teruskan perjalanan ke shelter 3 0400 am mcm tu kami dah sampai ke shelter 3. Fuhhh!!! Udaranya dingin amat! sampai ada yg terkena hyperthermia. Tak semua dapat summit sebad ad few of us yg injured jgak. Its Ok, next time will be around you.Insya Allah. to me Next time... mungkin la.. hahaha..

0935
08 April 2017
Puncak Gunung Merapi, di tanah jawa berjaya aku tawan.
Ak, Hairi dan Acan sedikit lambat sebb ak dah sejuk tak hengat. Udara yg sejuk sampai ke tulang buatkan aku hampir putus asa untuk menruskan perjalanan. Sara dan Syue  sampai awal 30 minute dari aku. Diorg boleh takkan aku tak boleh. Sia2 je dtg jauh2 tapi tak summit. So, aku ketepikan semua perasaan yg tiba2 datang untuk menyuruh ak berhenti dan tidak meneruskan. Jadi, dengan semangat yg ada, aku teruskan langkah dan melawan angin yang agak kencang.

**Puncak Kerinchi Kami tawan!

Setakat ni Dulu untuk hari ke-3. 
Waduh penatnya otak ni sebb ligat nak ingat balik.. dah dua bulan baru nak update, Ok lepas ni, aku nak beli buku la take note. senang!

You Might Also Like

0 comments: